COVID-19 Relief Application

Persatuan Pengendali Jagaan Berkediaman Warga Emas SeMalaysia (AgeCope) memahami cabaran dan isu semasa para pengendali yang berdepan dengan ancaman wabak Covid-19. Dalam pada itu, pihak Persatuan sedang berusaha untuk mendapatkan bantuan bekalan asas dan peralatan perlindungan untuk sesiapa yang memerlukannya. Kami memohon kerjasama pusat-pusat jagaan, rumah orang tua, rumah kejururawatan atau mana-mana pihak yang memerlukan bantuan untuk melengkapkan borang ini untuk memudahkan usaha tersebut secara berhemah dan bertanggungjawab.

Terima kasih.

The Association for Residential Aged Care of Malaysia (AgeCope ) understands the challenges and current issues faced by operators during this Covid-19 pandemic threat. As such, the Association is making all efforts to secure basic supplies and protective equipment for those in need. We request the cooperation of care centers, old folks homes, nursing homes or any party who needs aid/assistance to complete this form to facilitate the effort in a prudent and responsible way.

Thank you.

https://forms.gle/zzpLPAcgP4peQo2h7

AgeCope Covid-19 Relief Application Flyer

Announcement: Annual Delegates Meeting 2019

AgeCOpe will be organizing its first Annual Delegates Meeting in 2019 and to elect office-bearers for 2019-2022 (3-year term). Details of the ADM is as follows:

Date: 28 April 2019 (Sunday)
Time: 10.00 am – 1.00 pm
Venue: Office of the Deputy Vice Chancellor (Research & Innovation), Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor

We will update everyone if there are any changes. Please refer to the attached documents for further details.

ADM2019 Notice

Proposed Motion Form

AGM2019 Election Nomination Form

ADM2019 Election Nomination Form

Proxy Nomination Form AGMADM2019

Kunjungan Hormat ke Pejabat Timbalan Menteri KPWKM, Putrajaya, 21 September 2018

Pada hari Jumaat (21 September), suatu kunjungan hormat (courtesy call) oleh AJK Protem Persatuan Pengendali Jagaan Berkediaman Warga Emas SeMalaysia (AgeCOpe) ke Pejabat Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah dilakukan pada waktu petang.

 

Pasukan AJK Protem AgeCOpe yang hadir berpeluang untuk bersuaikenal dengan YB Hannah Yeoh, Timbalan Menteri KPWKM, En. Chua Choon Hwa, Setiausaha Bahagian Dasar KPWKM dan En. Azmir Kassim, Pengarah Bahagian Warga Emas, JKMM. Pertemuan itu turut dihadiri oleh Prof. Madya Dr. Rahimah Ibrahim, pensyarah Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia. Perbincangan serba ringkas dilakukan tentang matlamat pertubuhan dan juga cabaran semasa pengendali-pengendali pusat jagaan dan rumah orang tua di Malaysia serta usaha AgeCOpe untuk memperkasa industri penjagaan warga emas.

Semoga usaha outreach ini dapat mendekatkan lagi para pengendali dengan penggubal dasar dalam usahasama untuk menjamin kebajikan dan kesejahteraan warga emas di serata negara.