Pada hari Jumaat (21 September), suatu kunjungan hormat (courtesy call) oleh AJK Protem Persatuan Pengendali Jagaan Berkediaman Warga Emas SeMalaysia (AgeCOpe) ke Pejabat Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah dilakukan pada waktu petang.
Pasukan AJK Protem AgeCOpe yang hadir berpeluang untuk bersuaikenal dengan YB Hannah Yeoh, Timbalan Menteri KPWKM, En. Chua Choon Hwa, Setiausaha Bahagian Dasar KPWKM dan En. Azmir Kassim, Pengarah Bahagian Warga Emas, JKMM. Pertemuan itu turut dihadiri oleh Prof. Madya Dr. Rahimah Ibrahim, pensyarah Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia. Perbincangan serba ringkas dilakukan tentang matlamat pertubuhan dan juga cabaran semasa pengendali-pengendali pusat jagaan dan rumah orang tua di Malaysia serta usaha AgeCOpe untuk memperkasa industri penjagaan warga emas.
Semoga usaha outreach ini dapat mendekatkan lagi para pengendali dengan penggubal dasar dalam usahasama untuk menjamin kebajikan dan kesejahteraan warga emas di serata negara.
